Selasa, 29 September 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Semester 1


Jadual Peperiksaan Akhir Diploma Pendidikan USIM 2009/ 2010 Semester 1

NAMA KURSUS



TARIKH


MASA
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia

28/9/2009 9.00-12.00
Pengenalan kepada Bimbingan dan Kaunseling

29/9/2009 9.00-12.00
Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan

30/9/2009 9.00-12.00
Sekolah dan Masyarakat

1/10/2009 9.00-12.00
Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan

2/10/2009 9.00-12.00
Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum

28/9/2009 2.30-5.30
Al-Lughah al-Arabiyyah al-Tawasuliah 30/9/2009

2.30-5.30
Al-Lughah al-Arabiyyah al-Ittisaliah 2/10/2009
2.30-5.30


Ahad, 13 September 2009

Majlis Iftar, Solat Hajat & Tarawih Diploma Pendidikan Usim 2009


Majlis Iftar, Solat Hajat & Tarawih

Diploma Pendidikan Usim

2009


Pada:

Sabtu, 12 Sept 09

(22 Ramadan 1430H)


Masa:

7.00-9.30 malam


Tempat:

Bangi

(Rumah Mazdan)

Selamat Berbuka

Persiapan solat Maghrib

Semangat melaksanakan ketaatan

Ustazah-ustazah diploma pendidikan bersama tuan rumah

Hati senang selepas makan

Afiq & Ishak

Mazdan & ahli keluarga

Bila Naufal bercerita

Team tuan rumah

Rashidah

Persiapan

Mala, Rosma, Haida, Ifa, Aishah, Mazlina

Haida, Rosma, Amrina

Gotong royong menyediakan juadah

Allahumma Alhamdulillah..


Lokasi Majlis

Dr Regab (tetamu VIP) Jazakallahu Khairan Kathira


Khamis, 10 September 2009

Sejarah Penubuhan USIM


Sejarah Penubuhan USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.

Hasrat penubuhan ini adalah selaras dengan manifestasi Kerajaan untuk melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan dapat memelihara kepentingan negara dan umat Islam sepenuhnya. Selain itu ia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai model utama negara-negara Islam di dunia dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan kurikulum tempatan untuk memastikan keutuhan Islam dalam negara demi merealisasikan pembinaan tamadun baru Islam. Ia juga bertujuan untuk mengembalikan ketokohan ilmu Islam yang semakin merosot.

Penubuhan KUIM juga memberi peluang kepada pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian untuk mendalami ilmu agama tanpa perlu ke Asia Barat. Langkah ini akan mengurangkan beban kerajaan dalam menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kerajaan berhasrat untuk mempunyai pusat kecemerlangan untuk melahirkan ulama intelektual Islam.

"Jika negara Islam lain tidak mampu, Malaysia akan mengambil alih daripada mereka untuk mewujudkan pusat kecemerlangan Islam bagi memperlihatkan agama Islam bukanlah mundur atau kolot, sebaliknya progresif" ~Mohd Najib Tun Abdul Razak~

Pada 13 Jun 1997 kabinet telah bersetuju dengan penubuhan KUIM yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya dan diwartakan tahun berikutnya iaitu pada 12 Mac 1998. Antara tokoh yang mencetuskan idea dalam penubuhan KUIM adalah Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Kemudian idea ini dilaksanakan oleh Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Haji Husin, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prof. Madya Dr. Abdullah Mohamed Zin, pensyarah UKM dengan khidmat nasihat Exco Terengganu, Datuk Dr. Mohd Yusof Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman. Pelaksanaan operasi ini turut dibantu oleh Tuan Haji Addenan Abd Rahman sebagai Pendaftar dan Puan Hajah Rohani Abu sebagai Bendahari.

Pada awalnya KUIM dijangka beroperasi pada Mei 1998 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya, Selangor, apabila UIA berpindah ke kampus tetapnya di Gombak. Disebabkan kemelesatan ekonomi pada tahun itu, operasi KUIM terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya.

KUIM memulakan operasi awalnya di tingkat 5, Fakulti Pengajian Islam UKM dan pada bulan Januari tahun 2000. Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai di antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan KUIM dan Institut Profesional Baitulmal (IPB). MoU itu ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdul Hamid Othman yang mewakili MAIWP, Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin mewakili KUIM manakala IPB diwakili pengerusinya Tan Sri Hanafiah Ahmad.

KUIM kemudiannya berpindah ke IPB di Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk pengambilan pelajar pertama sesi 2000/2001 seramai 255 orang. Pada peringkat awal, KUIM menawarkan tiga bidang pengajian iaitu Pengajian Syariah dan Kehakiman, Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan Pengajian Dakwah dan Pengurusan Islam di tiga fakulti; Fakulti Syariah dan Kehakiman, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam.

Antara keunikan pengajian di KUIM adalah ia menawarkan pengajian bersepadu antara ilmu wahyu (naqli) dan akli serta bersifat amali dan ensiklopedik. Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar utama. Pelajar KUIM juga tidak hanya mahir dalam pengajian Islam tetapi turut menguasai bidang teknologi maklumat dan bidang-bidang lain.

Pengurusan Awal

Naib Canselor USIM Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin telah diberi kepercayaan membentuk kolej universiti yang baru pada tahun 1999. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Agama Al-Junid yang sangat terkenal di Singapura. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar di Mesir pada peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan ijazah kedoktoran. Dengan latarbelakang pendidikan dan professional yang hebat, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin merupakan calon yang amat sesuai untuk mengemudi kolej universiti ini.

Turut membantu beliau dalam tugas yang amat berat dan mencabar ini ialah Y. B. Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Zin (sekarang sebagai ahli parlimen dari Terengganu). Beliau merupakan alumni Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan memegang Ijazah Sarjana dari Universiti Al-Azhar Mesir dan ijazah kedoktoran dari University of Kent, England. Dato' Abdullah merupakan ahli akademik yang berkepakaran dalam bidang Da'wah, Sufi dan Teologi di FPI, UKM semasa Dato' Abdul Shukor sedang mencari rakan sejawat yang boleh merealisasikan penubuhan kolej universiti awam yang mampu memartabatkan lagi kualiti pengajian Islam di peringkat tinggi di negara ini.

Bersama pentadbir-pentadbir UKM lain seperti Tuan Haji Addenan Hj. Abdul Rahman yang kemudian menjadi Pendaftar KUIM dan kemudiannya USIM dan Puan Hajjah Rohani Abu yang kemudiannya menjadi Bendahari universiti, keempat-empat orang individu ini memulakan tugas di pejabat sementara di tingkat 5 Fakulti Pengajian Islam UKM. Mereka berkongsi kemudahan di FPI termasuklah komputer, mesin fotokopi, lain-lain peralatan pejabat dan perabot. Mereka memperolehi bantuan teknikal dari staf pentadbiran UKM yang lain bagi membantu operasi awal KUIM.

Individu ke-lima, Encik Jasmin Jaimon, Ketua Pustakawan KUIM, juga telah menyertai kepimpinan awal universiti dalam merancakkan lagi perkembangan universiti dalam melengkapkan pasukan pengurusan tertinggi KUIM. Beliau telah membantu usaha membentuk perpustakaan yang diperlukan oleh sebuah universiti.

Sebelum kemasukan pertama pelajar KUIM pada 18 Jun 2000, proses pemilihan ahli akademik telah dibuat oleh Y.Bhg Dato' Dr. Abdul Shukor selaku Rektor KUIM sendiri dengan dibantu oleh YB Prof. Dato' Dr. Abdullah Md Zin dan Tuan Hj Addenan selaku Pendaftar.

Kemudiannya telah dilantik beberapa ahli akademik terkenal termasuk Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, yang sekarang ini mejawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad Muda, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa ), Y. Bhg. Prof Dr. Mohammad Hj Alias yang dipinjamkan dari UUM telah memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk tahun 2002-2007, Y. Bhg. Prof Dr. Abdul Samat Musa, sebagai Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Y. Bhg. Prof Datin Sri Dr. Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim sebagai Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Y. Bhg. Prof Dato' Dr. Nik Mohd Nasri Bin Nik Ismail, sebagai Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Wan Mohamad Nasir Bin Wan Othman sebagai Dekan Fakluti Pergigian, bagi membantu menyediakan kurikulum untuk pelbagai program akademik dan hal-hal berkaitan polisi dan struktur universiti.

Perpindahan KUIM Ke IPB

KUIM mula beroperasi dengan tiga fakulti, Fakulti Syariah dan Kehakiman, Fakulti Pengajian Qur'an dan Sunnah dan Fakulti Da'wah dan Pengurusan Islam. Untuk melicinkan pentadbiran, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, Canselori dan Jabatan Pendaftar telah ditubuhkan. Bagi menyediakan kemudahan untuk pelajar, makmal komputer, makmal bahasa dan perpustakaan telah diwujudkan. Lembaga Pengarah juga telah ditubuhkan dan diketuai oleh Y. Bhg. Tan Sri Dr. Mohamed Yusof Noor, mantan Menteri Perindustrian Kecil yang juga ahli Parlimen dari Terengganu. Tan Sri Yusof Noor juga berpendidikan agama dari Kolej Islam Kelang dan ijazah sarjana dari Universiti Al-Azhar dan seterusnya menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Kaherah, Mesir dalam bidang Falsafah Sufi. Pada April 2000, KUIM telah berpindah sepenuhnya dari FPI, UKM di Bangi ke Institut Profesional Baitulmal (IPB) di Jalan Perkasa, Kmpung Pandan, Kuala Lumpur dan menyewa tiga tingkat bangunan IPB. Kuliah-kuliah Shariah, Undang-undang Al-Quran, Sunnah Da'wah, Pengurusan Islam, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Pengajian Umum telah dimulakan dan para pelajar memulakan kehidupan sebagai pelajar universiti awam ke-12 di abad ke 21. Sebanyak 66 unit asrama telah disewa bagi menempatkan pelajar KUIM. Sesi pengajian pertama bermula lancar dengan menyaksikan pertambahan kakitangan.

Perpindahan dari IPB ke Pandan Indah & Perkembangan KUIM

Apabila jumlah pelajar semakin bertambah pada sesi akademik 2001-02 kepada 553 orang, KUIM memerlukan lebih ruang untuk menampung pelajarnya. Sebuah bangunan di kawasan membeli belah Pandan Capital Menara A telah disewa bagi menjalankan kuliah dan tutorial. Pada 21 Januari 2002, keseluruhan pentadbiran KUIM telah berpindah ke Menara A MPAJ. Bagi menempatkan pelajar, bangunan kediaman berhampiran Taman Muda Cheras telah disewa. Bangunan berbentuk apartment ini dikenali sebagai Riviera 2 dan 3. Bangunan tersebut mempunyai kemudahan-kemudahan seperti gymnasium, kolam renang dan lain-lain kemudahan rekreasi. Sesi akademik ketiga (2002-03) menyaksikan penubuhan fakulti keempat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Prof. Dr. Muhamad Muda telah dilantik sebagai Dekan pertama. Tujuan penubuhan fakulti ini ialah untuk melahirkan graduan yang berpengetuahuan, berkemahiran dan professional dalam pentadbiran Muamalat. Disamping itu, penubuhan fakulti tersebut juga bertujuan memartabatkan prinsip-prinsip Islam dalam menyediakan peluang bagi pakar, ahli intelek dan sarjana membuat penyelidikan dan memahami dan seterusnya mendalami pengetahuan dalam bidang ekonomi Islam dan muamalat. Antara bidang yang menjadi fokus fakulti tersebut ialah Prinsip Takaful, Perbankan Islam, Pasaran Modal Islam, Zakat dan Pengurusan Baitulmal, Pemasaran Islam dan Sistem Kewangan Islam. Seramai 481 pelajar mendaftar untuk sesi akademik 2002-03 dan buat pertama kalinya KUIM menerima kemasukan pelajar siswazah apabila lapan orang pelajar siswazah mendaftar bagi kursus Sarjana dan ijazah kedoktoran dengan pilihan penulisan tesis dan penyelidikan. Untuk menampung pelajar-pelajar tersebut, Pusat Pengajian Siswazah telah ditubuhkan pada sesi akademik tersebut.

Pada sesi akademik 2001-03, KUIM telah menempa sejarah apabila Perdana Menteri pada waktu itu Y.A.B. Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghadiri upacara pecah tanah kampus baru universiti di Nilai, Negeri Sembilan pada 20 Ogos 2002. Nilai terletak dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia dan kira-kira 20 minit perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran negara, Putrajaya. Tambahan pula, Nilai mempunyai stesen komuter yang mengangkut penumpang ke Kuala Lumpur arah utara dan Seremban arah selatan tanah air. Kawasan dimana kampus baru akan didirikan berkeluasan 188 hektar dan akan dibangunkan dalam dua fasa. Fasa pertama akan dibina dalam Rancangan Malaysia ke-8 (RM8) dan fasa ke-dua akan dibina melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RM9). Terletak dalam kawasan kediaman bandar Nilai dan berdekatan Kelab Golf Nilai Spring, kampus tetap USIM terletak dalam lokasi yang ideal yang membolehkan kakitangan dan pelajar mencapai kecemerlangan. Menjelang tahun 2010, kampus tetap USIM dijangka akan mempunyai pelajar berjumlah 10,0000.

KUIM Terus Berkembang di Pandan Indah

Seiring dengan pertambahan pelajar pada tahun akademik ke-empat (2003-04), pihak universiti telah menyewa 3 tingkat di bangunan bersebelahan Menara B di kompleks Pandan Kapital, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga tingkat bangunan tersebut digunakan untuk tujuan pengajaran dan aktiviti pelajar dan telah diubahsuai sebagai bilik dan dewan kuliah. Terdapat juga bilik-bilik aktiviti tertutup, gymnasium, bilik ping pong, kafeteria pelajar, dan surau. Menara A dikhaskan untuk pelbagai pejabat, pejabat pentadbiran fakulti, bilik dekan, bilik kakitangan akademik, perpustakaan, makmal komputer, makmal bahasa, kafeteria kakitangan, surau dan bilik bacaan. Selain bangunan Riveria 2 dan 3, pihak universiti juga menyewa bangunan kediaman ketiga, Sri Penara yang terletak di Bandar Tasik Permaisuri untuk menempatkan pelajar yang tidak mempunyai kediaman di bangunan-bangunan di Riveria. Mereka
terdiri dari pelajar tahun tiga. Bilangan penyewaan bas juga telah ditambah untuk mengangkut pelajar dari kawasan kediaman ke kampus.

Dalam usaha mendekatkan masyarakat dengan universiti, KUIM telah menubuhkan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) pada tahun 2003. Institut ini adalah hasil usaha Tan Sri Dato' Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi KUIM. Ia merupakan pusat rujukan masyarakat Islam yang berkaitan dengan isu-isu fatwa. Antara tanggungjawab INFAD ialah mencatatkan dokumentasi dan penyelidikan fatwa di seluruh dunia secara menyeluruh menggunakan berkomputer. Salah satu objektif INFAD ialah untuk memanfaatkan hasil penyelidikannya melalui penerbitan, perbincangan, konsultasi dan seminar kepada masyarakat Islam seluruh dunia. Penubuhan INFAD adalah seiring dengan objektif universiti untuk meneroka pelbagai prinsip dan disiplin dalam Islam seiring dengan persekitaran moden dan teknologi terkini.

Pelancaran Program Baru Akademik

Tahun akademik 2004-05 menyaksikan KUIM melancarkan beberapa program baru akademik. Antaranya termasuklah program praperubatan, dua program ijazah sarjana muda di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Da'wah dan Pengurusan Islam), satu program ijazah sarjana muda baru di Fakulti Syariah dan Undang-undang (dahulunya dikenai sebagai Fakulti Syariah dan Kehakiman), penubuhan Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan Fakulti Pergigian. Sebagai tambahan, Fakulti Pengajian Qu'ran dan Sunnah juga menawarkan dua program baru peringkat sarjana muda. Sebelum penubuhan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebagai fakulti ke-enam yang diterajui oleh Dekannya Prof. Dr. Nik Nasri Nik Ismail, program pra-perubatan yang dikenali sebagai Tamhidi telah diperkenalkan. Program persediaan ini yang juga sama seperti program matrikulasi mempunyai jangkamasa setahun dan memberi persediaan kepada pelajar sebelum memasuki program ijazah sarjana muda di FPSK. Pelajar Tamhidi juga tertakluk kepada keperluan dan peraturan universiti selari dengan penguatkuasaan prinsip pendidikan Islam. Selain dari program berbentuk sains, pelajar tamhidi juga didedahkan kepada kursus berteraskan agama Islam disamping mengambil kursus-kursus bahasa Arab dan Inggeris. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) yang diketuai oleh Dekannya Y. Bhg. Prof. Datin Seri Dr. Hajjah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, memperkenalkan dua program sarjana muda baru pada sesi akademik 2004-05 iaitu Sarjana Muda Kaunseling (Dengan Kepujian) dan Sarjana Muda Komunikasi (Dengan Kepujian). Sarjana Muda Kaunseling bertujuan mengeluarkan kaunselor Islam yang berpengetahuan, berkemahiran dan berpegang teguh kepada agama sementara Sarjana Muda Komunikasi bertujuan mengeluarkan pelajar yang berpengetahuan, berpegang teguh kepada agama dan boleh menceburi pelbagai bidang komunikasi terutamanya dalam bidang kewartawanan dan penyiaran.

Fakulti Syariah dan Undang-undang telah mula menawarkan Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang pada sesi akademik 2004-05. Keunikan program ini ialah ia menawarkan dwi-pengkhususan yang membolehkan pelajar menguasai kedua-dua bidang Syariah dan Undang-undang dan seterusnya membolehkan mereka mengggunakan pengetahuan mereka di Mahkamah Syariah dan Sivil. Fakulti ke-lima yang didirikan ialah Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Ia berbeza dengan fakulti lain di KUIM dan terletak di Zon Perindustrian Bandar Baru Bangi. Dekan fakulti tersebut ialah Prof. Dr. Jalani Sukaimi. Ia menerima kumpulan pertama pelajar pada sesi akademik 2004-05. Ia menawarkan beberapa program sarjana muda termasuklah Sarjana Muda Sains Bioteknologi Makanan (Dengan Kepujian), Sarjana Muda Sains Keselamatan Maklumat dan Asurans (Dengan Kepujian), Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko (Dengan Kepujian) dan Sarjana Muda Sains Kewangan Matematik. Fakulti ini menggunakan kemudahan dan makmal di UKM. KUIM telah menubuhkan fakulti ke-tujuhnya pada tahun 2005. Fakulti tersebut ialah Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Sebagai permulaan, fakulti ini telah melancarkan program pertamanya Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi (Dengan Kepujian). Dekan pertamanya ialah Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj. Husin yang bertindak selaku Pemangku Dekan. Pada masa ini, Dekan fakulti tersebut ialah Prof.Madya Dr.Bhasah Abu Bakar. Selain Bahasa Arab, bahasa-bahasa lain akan diperkenalkan seperti pengajian Bahasa Inggeris, pengajian bahasa Mandarin, pengajian bahasa Jepun, terjemahan dan isu-isu semasa bahasa. Program Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi mengambil masa selama empat tahun dan pelajar mempelajari pelbagai kursus dalam Bahasa Arab dan komunikasi. Kursus-kursus umum, keagamaan dan Bahasa Inggeris juga perlu diambil oleh pelajar. Fakulti ini berhasrat untuk melahirkan pelajar yang mahir dalam pelbagai bahasa utama di dunia yang mampu melakukan penyelidikan dan mengambil bahagian dalam seminar dan persidangan dalam dan luar negara. Fakulti Pengajian Qur'an dan Sunnah dibawah pimpinan dekannya Dr. Adnan Mohamad Yusof memperkenalkan dua program Sarjana Muda yang baru; Sarjana Muda Pengajian Qur'an dengan Multimedia (Dengan Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat (Dengan Kepujian) sebagai mempelbagaikan kemahiran pelajar dan menawarkan program dwi-pengkhususan. Fakulti ke-lapan ialah Fakulti Pergigian yang mula mengambil pelajar pertamanya pada bulan Julai 2007. Y. Bhg. Prof. Dato Dr. Wan Mohamad Nasir Wan Othman telah dilantik menjadi Dekan fakulti tersebut. Fakulti Pergigian pada masa ini terletak di Menara B, Persiaran MPAJ, Pandan Indah bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Kedua-dua fakulti yang berhampiran ini berkongsi beberapa kemudahan fizikal yang sama. Fakulti Pergigian ditubuhkan bagi memenuhi permintaan penjagaan kesihatan pergigian di Malaysia. Ia berhasrat mengeluarkan pelajar yang boleh memahami dan menggunakan teknik terkini peralatan pergigian dan berpengetahuan asas dalam bidang sains Islam. Bahagian pertama atau dua tahun pertama program ini ialah pemerolehan pengetahuan yang berkaitan sains asas dan pendedahan kepada bidang pergigian fundamental selain elemen penting lain dan penyakit biasa. Pada bahagian kedua atau tiga tahun terakhir program ini, pelajar dikehendaki mengambil kursus pergigian klinikal yang spesifik termasuklah latihan pergigian klinikal disamping kursus-kursus elektif.

Perpindahan ke Kampus Tetap Nilai

Perpindahan kampus dari Kuala Lumpur ke Nilai bermula pada bulan Julai 2005 apabila pelajar Tahun Tiga memulakan sesi akademik 2005-2006 di kampus Nilai. Perpindahan pelajar dan kakitangan dilakukan mengikut beberapa peringkat. Jabatan Canselori dan Jabatan Pendaftar merupakan jabatan yang mula-mula sekali berpindah diikuti oleh Jabatan Bendahari, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dan perpustakaan. Perpindahan ini melibatkan pembungkusan dokumen, laporan fail dan peralatan computer dan proses melabel perabot dan penghantaran barangan ke Nilai yang terletak 60km dari Pandan Indah. Jabatan Canselori, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari terletak di bangunan sementara sehingga bulan Mac 2007 dimana mereka telah berpindah ke bangunan baru pentadbiran yang dibina mengikut senibina Islam dengan kubah berbentuk bawang. Terletak di atas bukit, ia boleh dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Pada bulan Ogos 2005, Bahagian Akademik mula berpindah ke kampus baru. Dalam bulan yang sama, beberapa fakulti (kecuali FPSK dan FST), unit Bahasa Arab, Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pengajian Umum mula berpindah ke Nilai. Ini diikuti oleh Unit Teknologi Maklumat, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan dan INFAD. Kumpulan terakhir berpindah merupakan pelajar Riveria 2 dan 3 yang berpindah pada minggu terakhir bulan yang sama yang kebetulan jatuh pada cuti pertengahan semester. Cuti pertengahan semester telah ditambah seminggu lagi supaya semua kakitangan dan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di Nilai. FPSK masih menduduki Menara B di Kompleks Pandan Kapital di Pandan Indah. Ini kerana fakulti tersebut menggunakan Hospital Ampang sebagai hospital pengajar. Hospital tersebut adalah milik kerajaan yang terletak di Pandan Mewah bersebelahan dengan Pandan Indah. Bangunan tetap fakulti tersebut akan dibina berhampiran Hospital Ampang. Sementara itu, Menara B telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan kakitangan dan pelajar sebaik mungkin. Bagi kakitangan dan pelajar FPSK, mereka berpindah semetara ke tingkat tiga Bangunan FKP di kampus Nilai pada bulan Disember 2005. Mereka akan berpindah ke bangunan sendiri sebelum pertengahan tahun 2007. Kampus baru di Nilai dijangka akan mengembangkan lagi masa depan pelajar dan kakitangannya apabila ia ditukar nama kepada universiti pada bulan Februari 2007. KUIM kini dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). USIM kini dilihat sebagai pusat perkembangan akademik dan kemanusiaan berteraskan Islam yang disegani.

http://10tahun.usim.edu.my/